
UNJURAN MANFAAT 2026
Berdasarkan penglibatan dalam pelbagai projek strategik dan sektor industri berskala besar, Koperasi Elite Berhad telah menyediakan unjuran prestasi kewangan yang dirangka melalui analisis data operasi serta rekod kewangan terdahulu. Ketepatan projeksi ini adalah 75% daripada nilai sebenar merujuk kepada rekod kewangan Koperasi dari tahun-tahun sebelumnya.
Secara sejarahnya, ketepatan unjuran yang dibuat menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi apabila dibandingkan dengan pencapaian sebenar, namun semua projeksi adalah tertakluk kepada faktor pasaran, pelaksanaan projek dan keadaan ekonomi semasa.
Keuntungan Bersih :
Rizab :
Operasi :
Pengembangan :
Kecemasan :
RM45,000,000.00 (RM45Juta)
RM6,750,000.00 (RM6.75Juta)
RM9,000,000.00 (RM9Juta)
RM9,000,000.00 (RM9Juta)
RM2,250,000.00 (RM2.25Juta)
👉 Dana untuk agihan: RM18,000,000.00 (RM18Juta)
👉 Dana dividen (70%): RM12,600,000.00 (RM12.6Juta)

KALKULATOR PENGIRAAN MANFAAT KOPERASI ELITE BERHAD
MEKANISME PENJANAAN KEUNTUNGAN 2026 - 2027
KOPERASI ELITE BERHAD

Koperasi Elite Berhad tidak dibangunkan atas asas teori atau spekulasi pasaran semata-mata, sebaliknya berakar daripada penglibatan langsung dalam aset produktif dan sektor industri sebenar yang mempunyai nilai komersial nyata. Pendekatan ini meletakkan organisasi dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk merangka projeksi prestasi yang berpaksikan realiti operasi, bukan andaian.
Melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU), perolehan kontrak usahaniaga strategik serta pembinaan jaringan kerjasama dengan pemain industri berskala besar dan pihak berkepentingan berkaitan juga pihak Kerajaan Malaysia sendiri, Koperasi sedang mengukuhkan akses kepada peluang bernilai tinggi yang berpotensi menghasilkan margin kompetitif dan berkelangsungan.
Dengan kepimpinan yang berdisiplin, fokus terhadap kestabilan struktur, dan visi pengembangan yang jelas, organisasi ini digerakkan dengan satu matlamat MENCAPAI KEUNTUNGAN BERSIH RM45JUTA pada tahun 2026— mempercepat pertumbuhan, memperkukuh kedudukan strategik, dan membina legasi ekonomi yang berdaya tahan.
Kilang Ais Batu :
Elite Ar Rahnu :
Hasrat Mart :
Elite Construction :
Pelaburan Lain :
RM7,000,000.00 (RM7Juta)
RM750,000.00 (RM0.75Juta)
RM4,000,000.00 (RM4Juta)
RM31,900,000.00 (RM31.9Juta)
RM2,100,000.00 (RM2.25Juta)


Lot 5107 Kawasan
Perindustrian Padang Tembak, Kota Bharu
Sebagai langkah meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong amalan kelestarian, Koperasi turut merancang transformasi armada penghantaran daripada penggunaan lori berasaskan diesel kepada teknologi kenderaan elektrik (EV). Pendekatan ini dijangka memperkukuh kecekapan logistik serta mengoptimumkan kos operasi jangka panjang.
Berdasarkan analisis permintaan semasa, nilai transaksi harian dianggarkan sekitar RM39,120.00 bersamaan kira-kira RM1,095,360.00 sebulan.
Unjuran operasi tahunan menunjukkan potensi pengumpulan hasil sehingga RM12,048,960.00 bagi tahun 2026, tertakluk kepada prestasi pasaran dan faktor operasi.
KILANG AIS BATU ELITE

Lot 2091(No 1) Tingkat Bawah, Wisma MDT 2, Mukim, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan
Sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan Koperasi Elite Berhad, Poliklinik Warisan juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta sebagai pemilik bersama perniagaan Poliklinik Warisan. Pendekatan ini memberi ruang kepada masyarakat untuk terlibat secara langsung dalam sektor kesihatan yang stabil, berimpak tinggi dan berorientasikan nilai sosial.
Poliklinik Warisan bertekad untuk membangunkan 25 rangkaian klinik komuniti yang bukan sahaja memberi manfaat kesihatan, malah mencipta nilai ekonomi yang berterusan kepada ahli koperasi dan masyarakat.
Poliklinik Warisan adalah Klinik Panel untuk Ahli Koperasi Elite Berhad; yang mana Ahli boleh menikmati diskaun 25% atas rawatan dan ubat-ubatan.
POLIKLINIK WARISAN

Presint 16, Putrajaya
Projek Ar-Rahnu Koperasi Elite Berhad kini berada dalam fasa pelaksanaan aktif sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan sektor kewangan komuniti koperasi. Dengan struktur operasi yang berlandaskan disiplin tadbir urus dan pengurusan risiko, inisiatif ini diunjurkan berpotensi menyumbang keuntungan sekitar RM750,000.
Selaras dengan perancangan pengembangan, pembukaan cawangan di Presint 16, Putrajaya sedang dalam proses penyediaan dan disasarkan beroperasi menjelang Mei 2026, bagi mengukuhkan kehadiran koperasi dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat.
ELITE AR-RAHNU

389A, Kampung Bunut Payong, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Kedai Runcit Hasrat yang telah beroperasi di Kuala Krai menjadi titik permulaan kepada pengembangan rangkaian runcit berskala lebih besar menjelang 2027. Platform ini membuka laluan kepada pembinaan jenama yang berpengaruh melalui pengembangan 50 hingga 100 cawangan di wilayah strategik Pantai Timur dan Selangor.
Koperasi Elite Berhad mempelawa semua Usahawan atau orang awam untuk turut terlibat dalam rangkaian niaga Hasrat Mart.
Dengan pendekatan pengurusan yang disiplin dan fokus kepada pertumbuhan, sasaran keuntungan RM4Juta untung bersih mudah diperoleh selari dengan strategi pengembangan dan integriti Koperasi dalam menguruskan usahaniaga seumpama ini.
HASRAT MART

Lot 1834, Kg Pauh Tanjung Tok Sadang, 15350, Kota Bharu, Kelantan
Industri batik Malaysia dianggarkan menjana sekitar RM465.5juta nilai jualan dalam tempoh kurang setahun.
Batik merupakan penyumbang paling signifikan dalam sektor kraftangan tekstil Malaysia.
Sekitar 70% produk batik di pasaran tempatan adalah keluaran tempatan, menunjukkan dominasi industri domestik.
-
42% pengeluaran batik Malaysia berasal dari Kelantan
-
36% Terengganu
-
22% Pahang
➡ Kelantan adalah hub batik terbesar Malaysia.
Industri batik Malaysia memang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi, malah ia bukan sekadar warisan budaya tetapi telah menjadi sektor ekonomi strategik yang boleh memberi impak besar kepada komuniti, pekerjaan dan eksport negara.
KILANG MEK ZATUL BATIK ELITE

Seluruh Negeri di Pantai Timur dan Selangor, Malaysia
Koperasi Elite Berhad telahpun mempunyai asset berupa tanah-tanah lot yang sesuai dibangunkan untuk :
1️⃣ Perumahan Mampu Milik Berkonsep Premium
-
Rumah teres 1 tingkat / 2 tingkat
-
Cluster housing
-
Townhouse
2️⃣ Kedai Pejabat (Shoplot)
-
2–3 tingkat
-
Lot komersial kecil
Projek pembangunan hartanah ini mencerminkan aspirasi koperasi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan tanggungjawab sosial, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan yang mampan dan berimpak kepada anggota serta komuniti.
Jika projek ini berjaya dibangunkan sepenuhnya, Koperasi mampu membawa KEUNTUNGAN BERSIH RM31.9Juta secara keseluruhannya.
ELITE CONSTRUCTION

Seluruh Negeri di Pantai Timur dan Selangor, Malaysia
“Ahli bukan sekadar menikmati dividen. Ahli menikmati akses.”
Akses kepada:
🚘 Kenderaan premium
🎯 Harga istimewa
✔ Kadar sewaan lebih rendah berbanding pasaran terbuka
✔ Diskaun khas untuk tempahan awal
✔ Pakej hujung minggu / percutian khas Ahli Koperasi
✔ Tiada caj tersembunyi
✔ Boleh potong melalui dividen / manfaat Koperasi
✔ Pelan bayaran ansuran pendek
✔ Deposit 0 atau sangat rendah
✔ Servis berkala & penyelenggaraan profesional
✔ Kenderaan bersih dan siap digunakan
✔ Perlindungan insurans komprehensif
✔ Bantuan kecemasan (roadside assist)
ELITE CAR RENTAL


